Telegram Group & Telegram Channel
KENALI AKIDAH SALAF SEBENAR

UMAT Islam wajib mempertahankan fahaman Ahli Sunah Waljamaah demi menjaga akidah.

Muncul mutakhir ini segelintir pihak yang menjaja jenama 'akidah Salaf', namun dalam agenda mereka turut menyesatkan akidah majoriti ulama Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ) al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

Jika as-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah kononnya selepas kewafatan Nabi SAW, majoriti sahabat RA murtad kecuali empat orang sahaja.

Walhal sebenarnya dakwaan tersebut mengandungi penghinaan terhadap Nabi SAW, seolah-olah baginda gagal mendidik sahabatnya selepas berpenat lelah menggembleng usaha dakwah dan tarbiah selama 23 tahun. Maka, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf, seolah-olah ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.

Dari mana timbulnya perebutan jenama 'akidah Salaf' ini? Bagi memahaminya, mari kita telusuri sejarah perkembangan fahaman Jahmiyyah yang diasaskan oleh Jahm bin Safwan (meninggal 128H) dan fahaman Muktazilah yang dipelopor oleh Wasil bin 'Ata' (meninggal 131H) yang melampau dalam mengutamakan penggunaan dalil aqli ke atas dalil naqli. Begitu juga perkembangan fahaman Mujassimah Musyabbihah yang dibawa oleh Muqatil bin Sulaiman (meninggal 150H) yang melampau dalam mensabitkan zahir dalil naqli serta menolak dalil aqli.

Fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan Islam apabila Khalifah al-Ma'mun (198-218H) menganuti fahaman tersebut. Malah, beliau menjadi khalifah pertama yang menyeru dan memaksa ulama untuk mengikuti fahaman bidaah berkenaan. Antara tokoh Muktazilah terkenal pada zamannya ialah Bisyr al-Marisi (meninggal 218H).

Pada zaman Khalifah al-Mu'tasim (218–227H) pula, Imam Ahmad (wafat 241H) pernah dipenjarakan selama 28 bulan dan disebat kerana enggan mengatakan 'al-Quran itu makhluk'. Pada zaman Khalifah al-Wathiq (227–232H) pula, Imam Ahmad cuba diusir dari Baghdad menyebabkan beliau terpaksa bersembunyi sehinggalah khalifah meninggal dunia. Hanya pada zaman Khalifah al-Mutawakkil (232-247H), barulah fahaman bidaah yang dipegang khalifah sebelumnya dihapuskan. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahaman ASWJ.

Peristiwa dahsyat ini meninggalkan kesan besar dalam kalangan ulama ASWJ. Pendirian teguh Imam Ahmad juga menjadi inspirasi kepada ramai ahli hadis dalam mengangkat penggunaan dalil naqli dan memberi peringatan mengenai bahaya takwil yang berpaksikan akal semata-mata.

Disebabkan itu, banyak kita dapati respons yang tegas daripada mereka dalam menjunjung akidah Salaf dan menolak fahaman Jahmiyyah.

Antaranya kata Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam Sunannya:
"Kata ahli ilmu: 'Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'".

Demikian diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: 'Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana'. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah."

Melalukan bacaan pada semua hadis sifat ini menurut majoriti ulama ASWJ dikenali sebagai kaedah tafwidh, iaitu menyerahkan hakikat atau makna sebenarnya kepada Allah SWT. Inilah pegangan akidah Salaf yang benar di samping turut dikesan juga daripada sebahagian mereka menggunakan metod takwil seperti Imam Malik, Imam asy-Syafii, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari dan lain-lain.

Namun begitu, respons sesetengah ahli hadis didapati agak berlebih-lebihan sehingga turut berpegang dengan hadis daif, munkar dan palsu.

Akhirnya sama ada disedari atau tidak, mereka menghampiri pula kepada fahaman Mujassimah Musyabbihah.

tg-me.com/alHuffazQuotes/5843
Create:
Last Update:

BY 🌸alHuffaz Quotes🌸

Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280

Share with your friend now:
tg-me.com/alHuffazQuotes/5843

View MORE
Open in Telegram

alHuffaz Quotes Telegram | DID YOU KNOW?

Date: |

That growth environment will include rising inflation and interest rates. Those upward shifts naturally accompany healthy growth periods as the demand for resources, products and services rise. Importantly, the Federal Reserve has laid out the rationale for not interfering with that natural growth transition.It's not exactly a fad, but there is a widespread willingness to pay up for a growth story. Classic fundamental analysis takes a back seat. Even negative earnings are ignored. In fact, positive earnings seem to be a limiting measure, producing the question, "Is that all you've got?" The preference is a vision of untold riches when the exciting story plays out as expected.

Among the actives, Ascendas REIT sank 0.64 percent, while CapitaLand Integrated Commercial Trust plummeted 1.42 percent, City Developments plunged 1.12 percent, Dairy Farm International tumbled 0.86 percent, DBS Group skidded 0.68 percent, Genting Singapore retreated 0.67 percent, Hongkong Land climbed 1.30 percent, Mapletree Commercial Trust lost 0.47 percent, Mapletree Logistics Trust tanked 0.95 percent, Oversea-Chinese Banking Corporation dropped 0.61 percent, SATS rose 0.24 percent, SembCorp Industries shed 0.54 percent, Singapore Airlines surrendered 0.79 percent, Singapore Exchange slid 0.30 percent, Singapore Press Holdings declined 1.03 percent, Singapore Technologies Engineering dipped 0.26 percent, SingTel advanced 0.81 percent, United Overseas Bank fell 0.39 percent, Wilmar International eased 0.24 percent, Yangzijiang Shipbuilding jumped 1.42 percent and Keppel Corp, Thai Beverage, CapitaLand and Comfort DelGro were unchanged.

alHuffaz Quotes from us

Telegram 🌸alHuffaz Quotes🌸
FROM USA